4 Sep 2012

pintaku...

tidak minta yang soleh kerana saya pun tidaklah solehah sangat
tidak minta yang bergelak ustaz kerana saya terlalu jauh lagi untuk dipanggil ustazah
ingin minta yang kaya tapi saya tidaklah sekaya mana sekadar apa yang ada sahaja
ingin mencari yang handsome tapi saya tidaklah secantik mana sekadar seorang hamba sesempurna kejadian yang Allah telah ciptakan sahaja
ingin mencari yang berpangkat tapi saya hanya seorang hamba dan insan biasa
ingin kupinta cukuplah sekadar yang memahami dan menerima diri ini seadanya
ingin kupinta cukuplah sekadar yang ada pegangan agama di hati dan mengamalkannya serta bersama sama mencari jalan ke syurga setelah bahtera masjid terbina lalu menjadi seorang pemimpin yang berlandaskan syariat
ingin kupinta cukuplah yang sentiasa bersamaku dan saling membantu dalam susah ataupun senang demi mengharungi lautan dunia yang penuh dengan ragam manusia dan pancaroba kehidupan

 




THANKS FOR READING ! LIKE KALAU SUKA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan